DUA6022 – KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
NAMA PENSYARAH : ROHANA BINTI NAWI
HALAMAN INI TELAH DISEDIAKAN OLEH:
PEMBUANGAN BAYI
PENGENALAN
Pembuangan dan
pembunuhan bayi adalah antara jenayah yang paling kejam dan tidak
berperikemanusiaan. Sejak lebih sepuluh tahun lalu, media mula memaparkan
insiden pembuangan bayi yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
khususnya si hamil dan penyebab kehamilan itu. Bayi yang lahir dan tidak
diingini dibuang dan ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di tempat kotor
seperti di dalam tong sampah, dikerumuni semut di atas rumput, hanyut di dalam
sungai, digonggong binatang buas, dibuang dalam tandas, ditanam dan
sebagainya. Senario tragis ini menunjukkan betapa dasyatnya perlakuan ini,
hasil daripada kelahiran tidak sah taraf iaitu lahir di luar nikah ataupun bagi
menyembunyikan bukti perbuatan zina yang telah dilakukan. Terdapat juga bayi terbuang
yang ditemui dalam keadaan hidup yang ditinggalkan di masjid, di hadapan pintu
rumah orang dan sebagainya. Purata sebanyak 100 orang bayi dibuang di Malaysia
setiap tahun dan kebanyakkannya telah mati apabila ditemui.
FAKTOR-FAKTOR PEMBUANGAN BAYI
SARANAN DAN IDEA PENYELESAIAN TERHADAP ISU PEMBUANGAN
BAYI
Terdapat beberapa
langkah yang boleh diambil untuk menangani isu tersebut di mana menurut Adibah
Bahori dan Siti Zubaidah Ismail (2016), kerajaan Malaysia juga banyak memberi
pilihan kepada remaja hamil luar nikah sama ada untuk berada di institusi rumah
perlindungan kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) seperti Raudatus
Sakinah. Oleh itu, sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin,
kita boleh mendaftarkan anak yang bakal lahir kepada keluarga angkat
melalui akta pengangkatan anak ataupun remaja itu sendiri diletakkan di bawah
jagaan ibu bapa di rumah. Walau bagaimanapun, remaja hari ini lebih suka untuk
menyelesaikan masalah kehamilan yang dihadapinya sendiri sehingga sanggup
membuang bayi.
Begitu juga,
kerajaan Malaysia juga mempunyai kerjasama dengan badan-badan kerajaan untuk
memulakan kempen bagi remaja perempuan yang masih diperingkat sekolah terhadap
perkara yang berhubungan dengan seksualiti untuk memerangi jenayah buang bayi.
Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk
Azizah Mohd Dun “Untuk menangani bayi terbuang, Kementerian tersebut mempunyai
tujuh program yang merangkumi Dasar Negara dan Pelan Tindakan Pendidikan
Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) yang diperkenalkan pada tahun 2009. Di
samping itu, Program tersebut juga telah diperkenalkan pada tahun 2012 sebagai
aktiviti ko-kurikulum di sekolah yang mensasarkan pelajar dalam Tahun Enam,
Tingkatan Tiga dan Pendidikan Khas.Terdapat juga usaha-usaha untuk mencegah
pembuangan bayi oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) antaranya ialah melalui
perlindungan ibu-ibu di kalangan remaja yang tidak berkahwin sehingga kepada
penghantaran bayi. Tempat perlindungan tersebut termasuk Raudatus Sakinah,
KEWAJA, Darul Wardah dan lain-lain.
Antara langkah lain
yang telah diambil untuk menerusi intervensi awal selepas kelahiran ialah
dengan mewujudkan ‘Baby Hatch’ sebagai tempat untuk meninggalkan bayi yang
tidak diingini. Terdapat juga usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang
mengadakan kempen “Anda Bijak Jauhi Zina” yang dipelopori oleh pengasas
Raudahatus Sakinah, kempen kesihatan reproduksi, pendidikan seks dan pelbagai
lagi. Sungguhpun demikian, intervensi perundangan dilihat masih kurang
diadakan, apatah lagi memberi kesan kepada kumpulan sasaran yang terdedah
kepada perbuatan-perbuatan yang boleh mendorong ke arah perbuatan zina yang
dikenalpasti sebagai punca utama perbuatan buang bayi. (Adibah Bahori dan Siti
Zubaidah Ismail, 2016)
Terdapat beberapa
cadangan dapat telah dikemukakan oleh penulis bagi menangani masalah hamil luar
nikah sekaligus dapat mengurangkan kadar pembuangan bayi di Malaysia. Ini
adalah kerana antara satu faktor pembuangan bayi adalah terhasil daripada
masalah hamil luar nikah. Antaranya ialah, Ibu bapa sangat memainkan peranan
yang penting bagi menanggani masalah ini kerana ibu bapa adalah tulang belakang
dalam pembinaan keluarga yang sejahtera. Ibu bapa sewajarnya memantau dan
mengambil tahu pergerakan anak-anak serta tahu siapa rakan sebaya mereka.
Selain itu, Ibu bapa juga perlu mendidik anak daripada aspek keagamaan supaya
mereka kenal baik buruk sesuatu perilaku, memberi nasihat dan tunjuk ajar
kepada anak-anak. Bahkan ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama anak-anak,
keluar bersiar-siar atau berkelah sekurang-kurangnya sekali dalam tiga bulan
bagi merapatkan hubungan silaturahim dengan anak-anak.
Selain itu,
pengaruh rakan sebaya merupakan faktor penting yang menjadi punca remaja
terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat. Bagi generasi remaja kini, rakan
sebaya merupakan rujukan utama dalam pembinaan sahsiah dan tingkah laku mereka.
Kesilapan dalam pemilihan rakan sebaya ini boleh membawa mereka ke arah
perkara-perkara negatif misalnya ponteng sekolah, mencuri, merokok, melepak di
pusat membeli belah sehingga boleh merosakkan sahsiah remaja tersebut. Maka ibu
bapa perlu memantau mengenai rakan sebaya remaja bagi mencegah remaja terdedah
kepada aktiviti salah laku seksual.
PERGAULAN BEBAS
PENGENALAN
Pergaulan bebas sering
dikonotasikan dengan sesuatu yang negatif seperti seks bebas, narkoba,
kehidupan malam, dan lain-lain. Memang istilah ini diadaptasi dari budaya barat dimana orang
bebas untuk melakukan hal-hal diatas tanpa takut menyalahi norma-norma yang ada
dalam masyarakat. Berbeda dengan budaya timur yang menganggap semua itu adalah
hal tabu sehingga sering kali kita mendengar ungkapan “jauhi pergaulan bebas”.
Pada masa kini, penyimpangan dan masalah seksual,
khusus di kalangan remaja semakin membimbangkan. Pergeseran kefahaman seperti
dosa masing-masing tanggung, kubur masing masing jaga, membuatkan masalah dosa
dan zina sesuatu yang mula dipandang remeh. Penyimpangan seks, iaitu zina
sesuatu yang amat keji dan mesti dihindari setiap Muslim sebagaimana firman
Allah yang bermaksud: "...dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya
zina itu perbuatan yang sangat keji dan satu jalan yang sangat buruk."
Alam remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu
senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan
diri daripada zina
Dalam membicarakan
persoalan berkaitan dengan permasalahan pergaulan bebas yang tinggal di bandar,
adalah sangat penting bagi kita untuk memahami siapakah golongan ini sebenarnya.
Para pemimpin negara ini
sering menyatakan bahawa golongan remaja merupakan aset penting dalam menjamin
perkembangan dan pembangunan negara di masa depan. Menurut World Health
Organisations (WHO) remaja adalah mereka yang berada pada tahap transisi antara
zaman kanak-kanak dan dewasa yang berusia di antara 12 hingga 24 tahun.
Walaubagaimanapun, dalam melalui fasa ini G. Stanley Hall dalam Santrock (2005) mengatakan remaja akan melalui satu zaman yang penuh dengan gelora. Remaja akan melalui peringkat “storm and stress” iaitu masa yang penuh kekeliruan, kesedihan dan konflik. Pada peringkat ini, remaja mula mencari identiti dan mula membina konsep kendiri. Oleh itu, kajian Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan (2011) menyarankan agar para ibu-bapa, orang dewasa, pendidik dan semua masyarakat perlu mengambil perhatian terhadap perkembangan remaja serta mengikuti perkembangan mereka untuk membantu membimbing mereka daripada terjebak dengan gejala sosial negatif yang akan membentuk remaja yang tidak produktif.
Perubahan yang boleh mempengaruhi remaja adalah seperti berikut:
SARANAN DAN IDEA PENYELESAIAN TERHADAP ISU PERGAULAN BEBAS
· Hubungan Berkualiti
Di Antara Remaja, Keluarga Dan Guru
Remaja perlu mengimbangkan keperluan emosi diri seperti perasaan ingin
tahu dan kehendak untuk berpasangan dengan matlamat hidup iaitu untuk berjaya
dalam pelajaran dan mencapai cita-cita yang disemat sejak kecil lagi. Oleh yang
demikian, remaja amat memerlukan hubungan yang berkualiti dan dipercayai dengan
ahli keluarga dan guru-guru. Apabila hubungan tersebut dapat disemai maka
remaja akan memilih untuk berkongsi setiap suka dan dukanya serta tidak
memerlukan individu lain bagi mengisi kekosongan emosinya.
· Memilih Rakan
Sesuai dengan sifat ingin tahu yang tinggi serta gemar untuk berkawan,
sudah tentulah remaja akan mudah didampingi oleh ramai rakan-rakan tanpa
mengira peringkat usia. Adalah penting bagi seorang remaja untuk mendampingi
rakan-rakan yang baik untuk menjadikan diri sendiri menjadi lebih baik. Rakan
yang baik akan mengajak remaja untuk belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya
dalam pelajaran, mendengar nasihat ibubapa serta menjadikan guru-guru sebagai
idola untuk maju dalam kehidupan.
Rakan yang tidak baik pula mendorong remaja untuk mencuba
perkara-perkara yang negatif serta tidak mengendahkan nasihat ibubapa dan
guru-guru. Rakan yang tidak baik juga akan memperkenalkan remaja dengan orang
lain tanpa arah tujuan yang khusus serta sering mengajak melakukan perkara-perkara
yang tidak berfaedah.
· Elakkan Berpasangan
Pada peringkat remaja, perkembangan fisiologi, emosi dan seksual adalah
seiring dan secara tidak langsung menyebabkan wujud perasaan ingin berpasangan.
Namun begitu, perlu difahami oleh remaja bahawa pada usia ini tumpuan
diperlukan untuk pelajaran bagi memastikan peluang yang lebih baik di masa
hadapan.
Sebagai individu yang masih muda, remaja tidak mampu untuk melakukan pelbagai perkara besar dalam satu-satu masa. Sebagai contoh, mempunyai teman wanita atau teman lelaki akan menyebabkan pemikiran remaja banyak tertumpu kepada hubungan tersebut, sekaligus mengurangkan tumpuan kepada pelajaran. Selain itu, dibimbangi juga hubungan tersebut sampai ke peringkat yang melampaui batas pergaulan seperti hubungan seks luar nikah serta mengandung.
PENYALAH GUNAAN DADAH
PENGENALAN
Penyalahgunaan dadah
atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan
dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira
melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan.
Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang
penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian ”
Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan
dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian
Penagih dadah cenderung
menggunakan dadah secara berterusan walaupun:
·
Berlaku masalah dalam
diri atau masyarakat
·
Sering terlibat dengan
masalah perundangan akibat penyalahgunaan dadah
·
Meletakkan diri dalam
situasi yang berbahaya
Apakah penagihan
dadah?
Penagihan dadah dikenali
sebagai bergantung dengan dadah.
Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu:
·
Memerlukan dos yang
lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini
·
Mula menunjukkan
sifat-sifat ketagih apabila penggunaannya dihentikan
·
Terpaksa meningkatkan
jumlah dadah yang lebih banyak dan tempoh penggunaan yang lebih lama
Penagihan dadah juga
akan membuatkan seseorang hilang kawalan diri.
Kebiasaannya, penagih
dadah akan menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti seperti mencari pengedar,
membeli dan menggunakan dadah, begitu juga mendapatkan wang bagi membeli dadah.
Apabila seseorang
ketagih atau bergantung kepada dadah secara fizikal dan psikologi, akan wujud
keinginan yang melampau untuk mengambil atau berterusan menggunakan dadah dalam
apa cara sekali pun.
Ini akan mendatangkan
kesan yang buruk kepada diri mereka dan masyarakat sekeliling.
Apakah istilah-istilah
yang perlu diketahui?
Dadah Psiko aktif
·
Mempunyai kesan
terhadap tingkah laku dan kesedaran
·
Contohnya; valium,
ganja.
Dadah bukan Psiko aktif
·
Tidak memberi kesan
terhadap tingkah laku. Kurang kesan ketagihan.
Kebergantungan
·
Keinginan fisiologi
dan psiko logikal pada dadah untuk mendapatkan keseronokan dan mengelakkan rasa
ketagih
·
Dalam pergantungan
fisiologi, ia menjadikan pemikiran, emosi dan perlakuan tertumpu kepada dadah
setiap masa
·
Dalam pergantungan
fizikal, kesan dadah seperti kegembiraan melampau akan mewujudkan keinginan
yang melampau kepada dadah tersebut
·
Gian pula akan
mewujudkan perasaan negatif dan ini akan menyebabkan penagih perlu mengambil
dadah kembali bagi mengelakkan perasaan negatif tersebut
Gejala Kesan Sampingan
·
Satu sindrom fizikal
dan psiko logikal yang negatif akibat pemberhentian penggunaan dadah dengan
mendadak.
Lali
·
Memerlukan jumlah dos
yang tinggi untuk mendapatkan kesan psiko logikal yang sama.
Kenapa mereka
mengambil dadah?
·
Ingin mencuba
·
Terikut-ikut
·
Amalan budaya
·
Suasana semasa.
Contohnya; perang / kelab malam
·
Tekanan / cabaran
dalam kumpulan
·
Bagi tujuan merawat
·
Meningkatkan kawalan
diri dan prestasi
Apakah jenis-jenis
dadah yang kerap disalahgunakan?
Opium / candu
·
Morfin, Heroin –
euphoria, painkiller
o Melahirkan rasa euforia dan penahan sakit
o Euforia, ubat tahan sakit
Perangsang
·
Kokain, Amfetamina –
o Euforia, berkeyakinan
Penenang
·
Anxiolytics /
Anti-anxiety drugs – Benzodiazepines
o Benzodiazepines
Halusimogen – Psikedelik (Warna-warna terang dan
berkilauan)
·
Kanabis / Marijuana /
Hashish / Ganja / Weed
·
LSD – lysergic asid
diethylamide, asid
Nikotin / Tembakau
·
Terangsang dalam dos
yang kecil
Alkohol – agen kemurungan
·
Terangsang pada dos
yang rendah tetapi terencat bila mengambil dos yang berlebihan
Kanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed
Hidu (Inhalants / Solvent) – Menghidu gam atau petrol
Lain -lain – daun ketum
SARANAN DAN IDEA PENYELESAIAN TERHADAP ISU PENYALAH GUNAAN DADAH
·
Ibu bapa harus menerangkan secara terperinci bahaya
penyalahgunaan ubat-ubatan, kepentingan dan cara pengambilan yang betul.Selain
itu, media massa juga harus memperbayakkan penyiaran berita-berita dan
cerita-cerita yang lebih membawa keinsafan dan iktibar kepada masyarakat
mengenai kesan-kesan dadah terhadap kehidupan seharian. Kerajaan melalui
badan-badan dan sektor-sektor tertentu, harus bijak membenteras gejala dadah
dengan mengadakan program-program yang dapat menarik minat para belia untuk
mengisi masa terluang bagi mengelakkan mereka terjebak dengan masalah dadah.
Misalnya, Program Rakan Muda yang diselengarakan oleh Kementerian Belia dan
Sukan
·
Kempen kesedaran haruslah diadakan oleh pihak kerajaan dan
swasta dengan melibatkan kumpulan remaja yang sering menjadi sasaran mudah para
penjual dadah. Manakala ibu bapa haruslah menjadi contoh terbaik kepada
anak-anak, serta sentiasa berbincang dengan anak-anak tentang kesan-kesan buruk
penyalahgunaan dadah. Selain itu, pendidikan mengenai bahaya dadah oleh
guru-guru di sekolah adalah penting untuk mengelakkan remaja daripada mudah
terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah. Di samping itu, remaja juga
perlu melibatkan diri dalam aktiviti yang menyihatkan seperti bersukan dan
beriadah supaya dengan melakukuan aktiviti tersebut remaja dapat mengelak
daripada mengambil dadah. Tindakan undang-undang juga hendaklah diperketatkan
dengan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pengedar dadah seperti
penjara dan denda yang lebih berat mengikut Akta Racun 1952, Akta Dadah
Berbahaya 1952 dan sebagainya.
HEDONISME
PENGENALAN
Budaya hedonism
telah dikenalpasti sebagai agen penghakis amalan tradisi dalam sesuatu budaya.
Hedonisme merupakan isu sosial yang hebat diperkatakan masa kini dan sering
menjadi hiasan muka hadapan akhbar. Boleh dikatakan banyak pihak yang menentang
gejala hedonisme kerana ia merupakan satu perilaku sub-budaya yang negatif
kepada masyarakat terutamanya golongan remaja.
Hedonisme berasal
dari perkataan Greek yang membawa maksud kesenangan atau dalam maksud lain
menjadikan kesenangan dunia untuk beroleh ketenangan rohani.
Pengertian hedonism
menurut kamus Dewan pula bermaksud pegangan atau keseronokan atau kesenangan
hidup. Dengan erti kata lain mereka yang mengamalkannya menganggap bahawa
kesenangan dan kenikmatan adalah merupakan tujuan hidup. Budaya hedonisme
mengutamakan hiburan dan pergaulan bebas semata-mata.
Kesimpulannya,
perkataan hedonisme membawa banyak pengertian mengikut perspektif kajian
sarjana terdahulu antaranya ialah kenikmatan, kesenangan, keseronokan,
keberuntungan dan kebahagiaan tetapi yang jelasnya istilah hedonisme boleh
dikatakan sebagai satu perkara yang mendatangkan faedah kepada pengamalnya
tanpa perlu memikirkan kesan dan akibat terhadap diri, masyarakat dan negara.
Apa yang perlu ialah keseronokan, kesenangan dan kenikmatan
PUNCA DAN AKIBAT
1.Stesen televisyen
tempatan tidak putus-putus menyiarkan rancangan bercorak hiburan hingga semacam
tiada rancangan lain yang boleh disajikan kepada penonton remaja. Stesen
televisyen swasta terutamanya berlumba-lumba menyajikan rancangan-rancangan
realiti berkonsepkan hiburan bagi menaikkan rating penonton.
2. Kewujudan
pusat-pusat hiburan juga menjadi faktor wujudnya budaya hedonisme dalam
masyarakat hari ini. Malam di kota-kota besar meriah dengan kilauan
lampu-lampuan warna dan muzik yang bakal menggoyangkan pinggul sesiapa yang
mendengarnya. Pusat-pusat hiburan di negara ini semakin hari semakin menggamit
remaja agar mengisi kekosongan di lantai tari. Saban minggu,DJ-DJ dari luar
dijemput bagi memeriahkan acara tertentu. Ketidak kawalan kewujudan pusat-pusat
hiburan sebenarnya mendatangkan kerosakan dan kepunahan diri generasi pewaris.
Operasi pusat hiburan sepatutnya dikawal rapi agar budaya hedonisme ini dapat
dibendung daripada menguasai jiwa dan minda remaja.
3. Kurang
pendidikan agama dan pemerhatian daripada ibu bapa juga merupakan salah satu
punca berlakunya budaya hedonisme. Sebenarnya, budaya hedonisme ini juga wujud
di kalangan generasi ibu bapa. Anak-anak zaman ini dibesarkan dengan
suasana penuh bebas dan menyimpang dari acuan timur. Implikasinya, anak-anak
menjadi liar dan sukar dikawal.
PENGENALAN
Budaya hedonism
telah dikenalpasti sebagai agen penghakis amalan tradisi dalam sesuatu budaya.
Hedonisme merupakan isu sosial yang hebat diperkatakan masa kini dan sering
menjadi hiasan muka hadapan akhbar. Boleh dikatakan banyak pihak yang menentang
gejala hedonisme kerana ia merupakan satu perilaku sub-budaya yang negatif
kepada masyarakat terutamanya golongan remaja.
Hedonisme berasal
dari perkataan Greek yang membawa maksud kesenangan atau dalam maksud lain
menjadikan kesenangan dunia untuk beroleh ketenangan rohani.
Pengertian hedonism
menurut kamus Dewan pula bermaksud pegangan atau keseronokan atau kesenangan
hidup. Dengan erti kata lain mereka yang mengamalkannya menganggap bahawa
kesenangan dan kenikmatan adalah merupakan tujuan hidup. Budaya hedonisme
mengutamakan hiburan dan pergaulan bebas semata-mata.
Kesimpulannya,
perkataan hedonisme membawa banyak pengertian mengikut perspektif kajian
sarjana terdahulu antaranya ialah kenikmatan, kesenangan, keseronokan,
keberuntungan dan kebahagiaan tetapi yang jelasnya istilah hedonisme boleh
dikatakan sebagai satu perkara yang mendatangkan faedah kepada pengamalnya
tanpa perlu memikirkan kesan dan akibat terhadap diri, masyarakat dan negara.
Apa yang perlu ialah keseronokan, kesenangan dan kenikmatan
PUNCA DAN AKIBAT
1.Stesen televisyen
tempatan tidak putus-putus menyiarkan rancangan bercorak hiburan hingga semacam
tiada rancangan lain yang boleh disajikan kepada penonton remaja. Stesen
televisyen swasta terutamanya berlumba-lumba menyajikan rancangan-rancangan
realiti berkonsepkan hiburan bagi menaikkan rating penonton.
2. Kewujudan
pusat-pusat hiburan juga menjadi faktor wujudnya budaya hedonisme dalam
masyarakat hari ini. Malam di kota-kota besar meriah dengan kilauan
lampu-lampuan warna dan muzik yang bakal menggoyangkan pinggul sesiapa yang
mendengarnya. Pusat-pusat hiburan di negara ini semakin hari semakin menggamit
remaja agar mengisi kekosongan di lantai tari. Saban minggu,DJ-DJ dari luar
dijemput bagi memeriahkan acara tertentu. Ketidak kawalan kewujudan pusat-pusat
hiburan sebenarnya mendatangkan kerosakan dan kepunahan diri generasi pewaris.
Operasi pusat hiburan sepatutnya dikawal rapi agar budaya hedonisme ini dapat
dibendung daripada menguasai jiwa dan minda remaja.
3. Kurang pendidikan agama dan pemerhatian daripada ibu bapa juga merupakan salah satu punca berlakunya budaya hedonisme. Sebenarnya, budaya hedonisme ini juga wujud di kalangan generasi ibu bapa. Anak-anak zaman ini dibesarkan dengan suasana penuh bebas dan menyimpang dari acuan timur. Implikasinya, anak-anak menjadi liar dan sukar dikawal.
Antara akibat daripada budaya Hedonisme :
- Menyebabkan
generasi muda lupa akan matlamat hidup yang sebenar.
- Menggagalkan
usaha remaja menjadi golongan yang manusia yang sempurna dari segi
intelek, rohani, jasmani dan emosi.
- Meningkatkan
gejala kebejatan sosial dalam kalangan remaja dan belia.
- Menggagalkan
usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berwasasan dan berilmu
pengetahuan.
- Meningkatkan
kadar jenayah di dalam negara.
- Golongan
remaja dan belia semakin jauh daripada nilai-nilai keagamaan.
- Kerajaan
terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk mengawal dan
membanteraskan masalah yang timbul.
- Membantutkan
usaha mencapai wawasan 2020.
- Kemakmuran
dan kesejahteraan negara semakin tergugat.
- Membantutkan
perkembangan industri pelancongan.
- Meniongkatnya
kadar pengangguran.
- Kestabilan
politik negara terjejas.
- Perkembangan
ekonomi negara sedikit demi sedikit akan merudum.
SARANAN DAN
IDEA PENYELESAIAN MASALAH TERHADAP ISU HEDONISME
a) Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting di dalam konteks pembangunan
sahsiah dan proses sosialisasi anak mereka. Walaupun masing-msing sibuk dengan
pekerjaan dan kerjaya mereka serta mengejar kekayaan, kepentingan anak juga
mesti diberi tumpuan. Ibu bapa mesti mengambil berat tentang perkembangan anak
mereka dan dengan siapa mereka berkawan. Usaha ini akan membolehkan tempat
kunjungan mereka dikenal pasti serta apakah bentuk aktiviti atau kegiatan yang
disertai oleh anak mereka. Ibu bapa juga perlu meluangkan lebih masa bersama
anak-anak agar mereka berasa lebih rapat. Dengan in berkemungkinan anak-anak
akan berkongsi cerita atau masalah yang mereka hadapi.
b) Peranan
Masyarakat
Gengsterisme mesti
dilihat sebagai masalah berterusan yang melibatkan bukan hanya pemerhatian dari
pihak sekolah semata-mata. Masyarakat juga boleh memainkan peranan mereka jika
isu ini mahu diatasi sepenuhnya. Badan-badan luar terutama badan sosial atau
organisasi beruniform boleh melibatkan diri mereka dengan sepenuhnya sebagai
agen luar yang bertanggungjawab. Mereka boleh menjadi pengantara di antara
sekolah dan pelajar.
c) Peranan Kerajaan
Kerajaan memain
peranan penting menangani masalah gengsterisme ini. Tindakan keras perlu
diambil supaya aktivitinya dapat dibendung. Langkah yang radikal boleh diambil
oleh kerajaan dengan secara perlahan-lahan mengurangkan penyiaran filem
berunsur ganas dan jenayah. Penguatkuasaan undang-undang perlu
diperketatkan.
Berdasarkan
nilai-nilai islam:
- Jati diri dan pegangan
terhadap islam haruslah kuat
- Pendekatan tentang agama
kepada remaja sejak awal lagi bak kata pepatah "melentur buluh
biarlah dari rebungnya".
- Perlunya kearifan dalam
memilih pola hidup berdasarkan agama
Menerusi
Dakwah:
· Gerakan dakwah
dipertingkatkan dan dipelbagaikan
- Memperluaskan skop dakwah
agar lebih ramai yang menerima pendapat tentang Hedonisme
- Membuat kajian secara
berperingkat tentang kelunturan pegangan belia pada masa sekarang
- Menerangkan secara mendalam
tentang batas batas pergaulan dan hiburan dalam agama
Melalui Keluarga:
- Perhatikan dengan siapa
mereka berkawan. Tekankan kepada mereka bahawa pengaruh kawan boleh
merosakkan hidup dan bukan semua boleh dijadikan teman
- Elakkan menuruti segala
kemahuan dan kehendak mereka kerana ia akan menjadikan mereka lebih manja
dan bebas. Kawal kehendak mereka dengan menetapkan masa untuk keluar
bersama rakan dan hadkan penggunaaan media sosial
Antara akibat daripada budaya Hedonisme :
- Menyebabkan
generasi muda lupa akan matlamat hidup yang sebenar.
- Menggagalkan
usaha remaja menjadi golongan yang manusia yang sempurna dari segi
intelek, rohani, jasmani dan emosi.
- Meningkatkan
gejala kebejatan sosial dalam kalangan remaja dan belia.
- Menggagalkan
usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berwasasan dan berilmu
pengetahuan.
- Meningkatkan
kadar jenayah di dalam negara.
- Golongan
remaja dan belia semakin jauh daripada nilai-nilai keagamaan.
- Kerajaan
terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk mengawal dan
membanteraskan masalah yang timbul.
- Membantutkan
usaha mencapai wawasan 2020.
- Kemakmuran
dan kesejahteraan negara semakin tergugat.
- Membantutkan
perkembangan industri pelancongan.
- Meniongkatnya
kadar pengangguran.
- Kestabilan
politik negara terjejas.
- Perkembangan
ekonomi negara sedikit demi sedikit akan merudum.
SARANAN DAN
IDEA PENYELESAIAN MASALAH TERHADAP ISU HEDONISME
a) Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting di dalam konteks pembangunan
sahsiah dan proses sosialisasi anak mereka. Walaupun masing-msing sibuk dengan
pekerjaan dan kerjaya mereka serta mengejar kekayaan, kepentingan anak juga
mesti diberi tumpuan. Ibu bapa mesti mengambil berat tentang perkembangan anak
mereka dan dengan siapa mereka berkawan. Usaha ini akan membolehkan tempat
kunjungan mereka dikenal pasti serta apakah bentuk aktiviti atau kegiatan yang
disertai oleh anak mereka. Ibu bapa juga perlu meluangkan lebih masa bersama
anak-anak agar mereka berasa lebih rapat. Dengan in berkemungkinan anak-anak
akan berkongsi cerita atau masalah yang mereka hadapi.
b) Peranan Masyarakat
Gengsterisme mesti dilihat sebagai masalah berterusan yang melibatkan bukan hanya pemerhatian dari pihak sekolah semata-mata. Masyarakat juga boleh memainkan peranan mereka jika isu ini mahu diatasi sepenuhnya. Badan-badan luar terutama badan sosial atau organisasi beruniform boleh melibatkan diri mereka dengan sepenuhnya sebagai agen luar yang bertanggungjawab. Mereka boleh menjadi pengantara di antara sekolah dan pelajar.
c) Peranan Kerajaan
Kerajaan memain
peranan penting menangani masalah gengsterisme ini. Tindakan keras perlu
diambil supaya aktivitinya dapat dibendung. Langkah yang radikal boleh diambil
oleh kerajaan dengan secara perlahan-lahan mengurangkan penyiaran filem
berunsur ganas dan jenayah. Penguatkuasaan undang-undang perlu
diperketatkan.
Berdasarkan
nilai-nilai islam:
- Jati diri dan pegangan
terhadap islam haruslah kuat
- Pendekatan tentang agama
kepada remaja sejak awal lagi bak kata pepatah "melentur buluh
biarlah dari rebungnya".
- Perlunya kearifan dalam memilih pola hidup berdasarkan agama
Menerusi
Dakwah:
· Gerakan dakwah
dipertingkatkan dan dipelbagaikan
- Memperluaskan skop dakwah
agar lebih ramai yang menerima pendapat tentang Hedonisme
- Membuat kajian secara
berperingkat tentang kelunturan pegangan belia pada masa sekarang
- Menerangkan secara mendalam tentang batas batas pergaulan dan hiburan dalam agama
Melalui Keluarga:
- Perhatikan dengan siapa mereka berkawan. Tekankan kepada mereka bahawa pengaruh kawan boleh merosakkan hidup dan bukan semua boleh dijadikan teman
- Elakkan menuruti segala kemahuan dan kehendak mereka kerana ia akan menjadikan mereka lebih manja dan bebas. Kawal kehendak mereka dengan menetapkan masa untuk keluar bersama rakan dan hadkan penggunaaan media sosial







