Ahad, 1 November 2020

SARANAN DAN IDEA PENYELESAIAN TERHADAP ISU SEMASA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG PRIHATIN

DUA6022 – KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

NAMA PENSYARAH : ROHANA BINTI NAWI

 

HALAMAN INI TELAH DISEDIAKAN OLEH:


PEMBUANGAN BAYI

PENGENALAN

Pembuangan dan pembunuhan bayi adalah antara jenayah yang paling kejam dan tidak berperikemanusiaan. Sejak lebih sepuluh tahun lalu, media mula memaparkan insiden pembuangan bayi yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab khususnya si hamil dan penyebab kehamilan itu. Bayi yang lahir dan tidak diingini dibuang dan ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di tempat kotor seperti di dalam tong sampah, dikerumuni semut di atas rumput, hanyut di dalam sungai, digonggong binatang buas, dibuang dalam tandas, ditanam dan sebagainya. Senario tragis ini menunjukkan betapa dasyatnya perlakuan ini, hasil daripada kelahiran tidak sah taraf iaitu lahir di luar nikah ataupun bagi menyembunyikan bukti perbuatan zina yang telah dilakukan. Terdapat juga bayi terbuang yang ditemui dalam keadaan hidup yang ditinggalkan di masjid, di hadapan pintu rumah orang dan sebagainya. Purata sebanyak 100 orang bayi dibuang di Malaysia setiap tahun dan kebanyakkannya telah mati apabila ditemui.

FAKTOR-FAKTOR PEMBUANGAN BAYI

 


SARANAN DAN IDEA PENYELESAIAN TERHADAP ISU PEMBUANGAN BAYI

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk menangani isu tersebut di mana menurut Adibah Bahori dan Siti Zubaidah Ismail (2016), kerajaan Malaysia juga banyak memberi pilihan kepada remaja hamil luar nikah sama ada untuk berada di institusi rumah perlindungan kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) seperti Raudatus Sakinah. Oleh itu, sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin, kita boleh mendaftarkan anak yang bakal lahir kepada keluarga angkat melalui akta pengangkatan anak ataupun remaja itu sendiri diletakkan di bawah jagaan ibu bapa di rumah. Walau bagaimanapun, remaja hari ini lebih suka untuk menyelesaikan masalah kehamilan yang dihadapinya sendiri sehingga sanggup membuang bayi.

Begitu juga, kerajaan Malaysia juga mempunyai kerjasama dengan badan-badan kerajaan untuk memulakan kempen bagi remaja perempuan yang masih diperingkat sekolah terhadap perkara yang berhubungan dengan seksualiti untuk memerangi jenayah buang bayi. Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun “Untuk menangani bayi terbuang, Kementerian tersebut mempunyai tujuh program yang merangkumi Dasar Negara dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) yang diperkenalkan pada tahun 2009. Di samping itu, Program tersebut juga telah diperkenalkan pada tahun 2012 sebagai aktiviti ko-kurikulum di sekolah yang mensasarkan pelajar dalam Tahun Enam, Tingkatan Tiga dan Pendidikan Khas.Terdapat juga usaha-usaha untuk mencegah pembuangan bayi oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) antaranya ialah melalui perlindungan ibu-ibu di kalangan remaja yang tidak berkahwin sehingga kepada penghantaran bayi. Tempat perlindungan tersebut termasuk Raudatus Sakinah, KEWAJA, Darul Wardah dan lain-lain.

Antara langkah lain yang telah diambil untuk menerusi intervensi awal selepas kelahiran ialah dengan mewujudkan ‘Baby Hatch’ sebagai tempat untuk meninggalkan bayi yang tidak diingini. Terdapat juga usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengadakan kempen “Anda Bijak Jauhi Zina” yang dipelopori oleh pengasas Raudahatus Sakinah, kempen kesihatan reproduksi, pendidikan seks dan pelbagai lagi. Sungguhpun demikian, intervensi perundangan dilihat masih kurang diadakan, apatah lagi memberi kesan kepada kumpulan sasaran yang terdedah kepada perbuatan-perbuatan yang boleh mendorong ke arah perbuatan zina yang dikenalpasti sebagai punca utama perbuatan buang bayi. (Adibah Bahori dan Siti Zubaidah Ismail, 2016)

Terdapat beberapa cadangan dapat telah dikemukakan oleh penulis bagi menangani masalah hamil luar nikah sekaligus dapat mengurangkan kadar pembuangan bayi di Malaysia. Ini adalah kerana antara satu faktor pembuangan bayi adalah terhasil daripada masalah hamil luar nikah. Antaranya ialah, Ibu bapa sangat memainkan peranan yang penting bagi menanggani masalah ini kerana ibu bapa adalah tulang belakang dalam pembinaan keluarga yang sejahtera. Ibu bapa sewajarnya memantau dan mengambil tahu pergerakan anak-anak serta tahu siapa rakan sebaya mereka. Selain itu, Ibu bapa juga perlu mendidik anak daripada aspek keagamaan supaya mereka kenal baik buruk sesuatu perilaku, memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada anak-anak. Bahkan ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama anak-anak, keluar bersiar-siar atau berkelah sekurang-kurangnya sekali dalam tiga bulan bagi merapatkan hubungan silaturahim dengan anak-anak.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya merupakan faktor penting yang menjadi punca remaja terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat. Bagi generasi remaja kini, rakan sebaya merupakan rujukan utama dalam pembinaan sahsiah dan tingkah laku mereka. Kesilapan dalam pemilihan rakan sebaya ini boleh membawa mereka ke arah perkara-perkara negatif misalnya ponteng sekolah, mencuri, merokok, melepak di pusat membeli belah sehingga boleh merosakkan sahsiah remaja tersebut. Maka ibu bapa perlu memantau mengenai rakan sebaya remaja bagi mencegah remaja terdedah kepada aktiviti salah laku seksual.

PERGAULAN BEBAS

PENGENALAN

Pergaulan bebas sering dikonotasikan dengan sesuatu yang negatif seperti seks bebas, narkoba, kehidupan malam, dan lain-lain. Memang istilah ini  diadaptasi dari budaya barat dimana orang bebas untuk melakukan hal-hal diatas tanpa takut menyalahi norma-norma yang ada dalam masyarakat. Berbeda dengan budaya timur yang menganggap semua itu adalah hal tabu sehingga sering kali kita mendengar ungkapan “jauhi pergaulan bebas”.

Pada masa kini, penyimpangan dan masalah seksual, khusus di kalangan remaja semakin membimbangkan. Pergeseran kefahaman seperti dosa masing-masing tanggung, kubur masing masing jaga, membuatkan masalah dosa dan zina sesuatu yang mula dipandang remeh. Penyimpangan seks, iaitu zina sesuatu yang amat keji dan mesti dihindari setiap Muslim sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "...dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan satu jalan yang sangat buruk." Alam remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina

Dalam membicarakan persoalan berkaitan dengan permasalahan pergaulan bebas yang tinggal di bandar, adalah sangat penting bagi kita untuk memahami siapakah golongan  ini sebenarnya.

Para pemimpin negara ini sering menyatakan bahawa golongan remaja merupakan aset penting dalam menjamin perkembangan dan pembangunan negara di masa depan. Menurut World Health Organisations (WHO) remaja adalah mereka yang berada pada tahap transisi antara zaman kanak-kanak dan dewasa yang berusia di antara 12 hingga 24 tahun.

Walaubagaimanapun, dalam melalui fasa ini G. Stanley Hall dalam Santrock (2005) mengatakan remaja akan melalui satu zaman yang penuh dengan gelora. Remaja akan melalui peringkat “storm and stress” iaitu masa yang penuh kekeliruan, kesedihan dan konflik.  Pada peringkat ini, remaja mula mencari identiti dan mula membina konsep kendiri. Oleh itu, kajian Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan (2011) menyarankan agar para ibu-bapa, orang dewasa, pendidik dan semua masyarakat perlu mengambil perhatian terhadap perkembangan remaja serta mengikuti perkembangan  mereka untuk membantu membimbing mereka daripada terjebak dengan gejala sosial negatif yang akan membentuk remaja yang tidak produktif.

Perubahan yang boleh mempengaruhi remaja adalah seperti berikut:

SARANAN DAN IDEA PENYELESAIAN TERHADAP ISU PERGAULAN BEBAS

·  Hubungan Berkualiti Di Antara Remaja, Keluarga Dan Guru

 

Remaja perlu mengimbangkan keperluan emosi diri seperti perasaan ingin tahu dan kehendak untuk berpasangan dengan matlamat hidup iaitu untuk berjaya dalam pelajaran dan mencapai cita-cita yang disemat sejak kecil lagi. Oleh yang demikian, remaja amat memerlukan hubungan yang berkualiti dan dipercayai dengan ahli keluarga dan guru-guru. Apabila hubungan tersebut dapat disemai maka remaja akan memilih untuk berkongsi setiap suka dan dukanya serta tidak memerlukan individu lain bagi mengisi kekosongan emosinya.

·  Memilih Rakan

 

Sesuai dengan sifat ingin tahu yang tinggi serta gemar untuk berkawan, sudah tentulah remaja akan mudah didampingi oleh ramai rakan-rakan tanpa mengira peringkat usia. Adalah penting bagi seorang remaja untuk mendampingi rakan-rakan yang baik untuk menjadikan diri sendiri menjadi lebih baik. Rakan yang baik akan mengajak remaja untuk belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam pelajaran, mendengar nasihat ibubapa serta menjadikan guru-guru sebagai idola untuk maju dalam kehidupan.

Rakan yang tidak baik pula mendorong remaja untuk mencuba perkara-perkara yang negatif serta tidak mengendahkan nasihat ibubapa dan guru-guru. Rakan yang tidak baik juga akan memperkenalkan remaja dengan orang lain tanpa arah tujuan yang khusus serta sering mengajak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

·  Elakkan Berpasangan

 

Pada peringkat remaja, perkembangan fisiologi, emosi dan seksual adalah seiring dan secara tidak langsung menyebabkan wujud perasaan ingin berpasangan. Namun begitu, perlu difahami oleh remaja bahawa pada usia ini tumpuan diperlukan untuk pelajaran bagi memastikan peluang yang lebih baik di masa hadapan.

Sebagai individu yang masih muda, remaja tidak mampu untuk melakukan pelbagai perkara besar dalam satu-satu masa. Sebagai contoh, mempunyai teman wanita atau teman lelaki akan menyebabkan pemikiran remaja banyak tertumpu kepada hubungan tersebut, sekaligus mengurangkan tumpuan kepada pelajaran. Selain itu, dibimbangi juga hubungan tersebut sampai ke peringkat yang melampaui batas pergaulan seperti hubungan seks luar nikah serta mengandung.


PENYALAH GUNAAN DADAH

PENGENALAN

Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan.

Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian ” Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian

Penagih dadah cenderung menggunakan dadah secara berterusan walaupun:

·         Berlaku masalah dalam diri atau masyarakat

·         Sering terlibat dengan masalah perundangan akibat penyalahgunaan dadah

·         Meletakkan diri dalam situasi yang berbahaya

 

Apakah penagihan dadah?

Penagihan dadah dikenali sebagai bergantung dengan dadah.

Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu:

·         Memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini

·         Mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila penggunaannya dihentikan

·         Terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih banyak dan tempoh penggunaan yang lebih lama

Penagihan dadah juga akan membuatkan seseorang hilang kawalan diri.

Kebiasaannya, penagih dadah akan menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti seperti mencari pengedar, membeli dan menggunakan dadah, begitu juga mendapatkan wang bagi membeli dadah.

Apabila seseorang ketagih atau bergantung kepada dadah secara fizikal dan psikologi, akan wujud keinginan yang melampau untuk mengambil atau berterusan menggunakan dadah dalam apa cara sekali pun.

Ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada diri mereka dan masyarakat sekeliling.

Apakah istilah-istilah yang perlu diketahui?

Dadah Psiko aktif

·         Mempunyai kesan terhadap tingkah laku dan kesedaran

·         Contohnya; valium, ganja.

Dadah bukan Psiko aktif

·         Tidak memberi kesan terhadap tingkah laku. Kurang kesan ketagihan.

Kebergantungan

·         Keinginan fisiologi dan psiko logikal pada dadah untuk mendapatkan keseronokan dan mengelakkan rasa ketagih

·         Dalam pergantungan fisiologi, ia menjadikan pemikiran, emosi dan perlakuan tertumpu kepada dadah setiap masa

·         Dalam pergantungan fizikal, kesan dadah seperti kegembiraan melampau akan mewujudkan keinginan yang melampau kepada dadah tersebut

·         Gian pula akan mewujudkan perasaan negatif dan ini akan menyebabkan penagih perlu mengambil dadah kembali bagi mengelakkan perasaan negatif tersebut

Gejala Kesan Sampingan

·         Satu sindrom fizikal dan psiko logikal yang negatif akibat pemberhentian penggunaan dadah dengan mendadak.

Lali

·         Memerlukan jumlah dos yang tinggi untuk mendapatkan kesan psiko logikal yang sama.

 

Kenapa mereka mengambil dadah?

·         Ingin mencuba

·         Terikut-ikut

·         Amalan budaya

·         Suasana semasa. Contohnya; perang / kelab malam

·         Tekanan / cabaran dalam kumpulan

·         Bagi tujuan merawat

·         Meningkatkan kawalan diri dan prestasi

 

Apakah jenis-jenis dadah yang kerap disalahgunakan?

Opium / candu

·         Morfin, Heroin – euphoria, painkiller

o    Melahirkan rasa euforia dan penahan sakit

o    Euforia, ubat tahan sakit

Perangsang

·         Kokain, Amfetamina –

o    Euforia, berkeyakinan

Penenang

·         Anxiolytics / Anti-anxiety drugs – Benzodiazepines

o    Benzodiazepines

Halusimogen – Psikedelik (Warna-warna terang dan berkilauan)

·         Kanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed

·         LSD – lysergic asid diethylamide, asid

Nikotin / Tembakau

·         Terangsang dalam dos yang kecil

Alkohol – agen kemurungan

·         Terangsang pada dos yang rendah tetapi terencat bila mengambil dos yang berlebihan

Kanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed

Hidu (Inhalants / Solvent) – Menghidu gam atau petrol

Lain -lain – daun ketum

 

SARANAN DAN IDEA PENYELESAIAN TERHADAP ISU PENYALAH GUNAAN DADAH

 

·                     Ibu bapa harus menerangkan secara terperinci bahaya penyalahgunaan ubat-ubatan, kepentingan dan cara pengambilan yang betul.Selain itu, media massa juga harus memperbayakkan penyiaran berita-berita dan cerita-cerita yang lebih membawa keinsafan dan iktibar kepada masyarakat mengenai kesan-kesan dadah terhadap kehidupan seharian. Kerajaan melalui badan-badan dan sektor-sektor tertentu, harus bijak membenteras gejala dadah dengan mengadakan program-program yang dapat menarik minat para belia untuk mengisi masa terluang bagi mengelakkan mereka terjebak dengan masalah dadah. Misalnya, Program Rakan Muda yang diselengarakan oleh Kementerian Belia dan Sukan

 

·                     Kempen kesedaran haruslah diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dengan melibatkan kumpulan remaja yang sering menjadi sasaran mudah para penjual dadah. Manakala ibu bapa haruslah menjadi contoh terbaik kepada anak-anak, serta sentiasa berbincang dengan anak-anak tentang kesan-kesan buruk penyalahgunaan dadah. Selain itu, pendidikan mengenai bahaya dadah oleh guru-guru di sekolah adalah penting untuk mengelakkan remaja daripada mudah terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah. Di samping itu, remaja juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti yang menyihatkan seperti bersukan dan beriadah supaya dengan melakukuan aktiviti tersebut remaja dapat mengelak daripada mengambil dadah. Tindakan undang-undang juga hendaklah diperketatkan dengan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pengedar dadah seperti penjara dan denda yang lebih berat mengikut Akta Racun 1952, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sebagainya.



HEDONISME

PENGENALAN

Budaya hedonism telah dikenalpasti sebagai agen penghakis amalan tradisi dalam sesuatu budaya. Hedonisme merupakan isu sosial yang hebat diperkatakan masa kini dan sering menjadi hiasan muka hadapan akhbar. Boleh dikatakan banyak pihak yang menentang gejala hedonisme kerana ia merupakan satu perilaku sub-budaya yang negatif kepada masyarakat terutamanya golongan remaja.

Hedonisme berasal dari perkataan Greek yang membawa maksud kesenangan atau dalam maksud lain menjadikan kesenangan dunia untuk beroleh ketenangan rohani.

Pengertian hedonism menurut kamus Dewan pula bermaksud pegangan atau keseronokan atau kesenangan hidup. Dengan erti kata lain mereka yang mengamalkannya menganggap bahawa kesenangan dan kenikmatan adalah merupakan tujuan hidup. Budaya hedonisme mengutamakan hiburan dan pergaulan bebas semata-mata.

Kesimpulannya, perkataan hedonisme membawa banyak pengertian mengikut perspektif kajian sarjana terdahulu antaranya ialah kenikmatan, kesenangan, keseronokan, keberuntungan dan kebahagiaan tetapi yang jelasnya istilah hedonisme boleh dikatakan sebagai satu perkara yang mendatangkan faedah kepada pengamalnya tanpa perlu memikirkan kesan dan akibat terhadap diri, masyarakat dan negara. Apa yang perlu ialah keseronokan, kesenangan dan kenikmatan

PUNCA DAN AKIBAT

1.Stesen televisyen tempatan tidak putus-putus menyiarkan rancangan bercorak hiburan hingga semacam tiada rancangan lain yang boleh disajikan kepada penonton remaja. Stesen televisyen swasta terutamanya berlumba-lumba menyajikan rancangan-rancangan realiti berkonsepkan hiburan bagi menaikkan rating penonton.

2. Kewujudan pusat-pusat hiburan juga menjadi faktor wujudnya budaya hedonisme dalam masyarakat hari ini. Malam di kota-kota besar meriah dengan kilauan lampu-lampuan warna dan muzik yang bakal menggoyangkan pinggul sesiapa yang mendengarnya. Pusat-pusat hiburan di negara ini semakin hari semakin menggamit remaja agar mengisi kekosongan di lantai tari. Saban minggu,DJ-DJ dari luar dijemput bagi memeriahkan acara tertentu. Ketidak kawalan kewujudan pusat-pusat hiburan sebenarnya mendatangkan kerosakan dan kepunahan diri generasi pewaris. Operasi pusat hiburan sepatutnya dikawal rapi agar budaya hedonisme ini dapat dibendung daripada menguasai jiwa dan minda remaja.

3. Kurang pendidikan agama dan pemerhatian daripada ibu bapa juga merupakan salah satu punca berlakunya budaya hedonisme. Sebenarnya, budaya hedonisme ini juga wujud di kalangan generasi ibu bapa.  Anak-anak zaman ini dibesarkan dengan suasana penuh bebas dan menyimpang dari acuan timur. Implikasinya, anak-anak menjadi liar dan sukar dikawal.

Antara akibat daripada budaya Hedonisme :

  1. Menyebabkan generasi muda lupa akan matlamat hidup yang sebenar.
  2. Menggagalkan usaha remaja menjadi golongan yang manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi.
  3. Meningkatkan gejala kebejatan sosial dalam kalangan remaja dan belia.
  4. Menggagalkan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berwasasan dan berilmu pengetahuan.
  5. Meningkatkan kadar jenayah di dalam negara.
  6. Golongan remaja dan belia semakin jauh daripada nilai-nilai keagamaan.
  7. Kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk mengawal dan membanteraskan masalah yang timbul.
  8. Membantutkan usaha mencapai wawasan 2020.
  9. Kemakmuran dan kesejahteraan negara semakin tergugat.
  10. Membantutkan perkembangan industri pelancongan.
  11. Meniongkatnya kadar pengangguran.
  12. Kestabilan politik negara terjejas.
  13. Perkembangan ekonomi negara sedikit demi sedikit akan merudum.

 

SARANAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH TERHADAP ISU HEDONISME

a) Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting di dalam konteks pembangunan sahsiah dan proses sosialisasi anak mereka. Walaupun masing-msing sibuk dengan pekerjaan dan kerjaya mereka serta mengejar kekayaan, kepentingan anak juga mesti diberi tumpuan. Ibu bapa mesti mengambil berat tentang perkembangan anak mereka dan dengan siapa mereka berkawan. Usaha ini akan membolehkan tempat kunjungan mereka dikenal pasti serta apakah bentuk aktiviti atau kegiatan yang disertai oleh anak mereka. Ibu bapa juga perlu meluangkan lebih masa bersama anak-anak agar mereka berasa lebih rapat. Dengan in berkemungkinan anak-anak akan berkongsi cerita atau masalah yang mereka hadapi.

b) Peranan Masyarakat

Gengsterisme mesti dilihat sebagai masalah berterusan yang melibatkan bukan hanya pemerhatian dari pihak sekolah semata-mata. Masyarakat juga boleh memainkan peranan mereka jika isu ini mahu diatasi sepenuhnya. Badan-badan luar terutama badan sosial atau organisasi beruniform boleh melibatkan diri mereka dengan sepenuhnya sebagai agen luar yang bertanggungjawab. Mereka boleh menjadi pengantara di antara sekolah dan pelajar. 

c) Peranan Kerajaan

Kerajaan memain peranan penting menangani masalah gengsterisme ini. Tindakan keras perlu diambil supaya aktivitinya dapat dibendung. Langkah yang radikal boleh diambil oleh kerajaan dengan secara perlahan-lahan mengurangkan penyiaran filem berunsur ganas dan jenayah. Penguatkuasaan undang-undang perlu diperketatkan. 

 Berdasarkan nilai-nilai islam:

  • Jati diri dan pegangan terhadap islam haruslah kuat
  • Pendekatan tentang agama kepada remaja sejak awal lagi bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya".
  • Perlunya kearifan dalam memilih pola hidup berdasarkan agama 

  Menerusi Dakwah:

·         Gerakan dakwah dipertingkatkan dan dipelbagaikan

  • Memperluaskan skop dakwah agar lebih ramai yang menerima pendapat tentang Hedonisme
  • Membuat kajian secara berperingkat tentang kelunturan pegangan belia pada masa sekarang
  • Menerangkan secara mendalam tentang batas batas pergaulan dan hiburan dalam agama

Melalui Keluarga:

  • Perhatikan dengan siapa mereka berkawan. Tekankan kepada mereka bahawa pengaruh kawan boleh merosakkan hidup dan bukan semua boleh dijadikan teman
  • Elakkan menuruti segala kemahuan dan kehendak mereka kerana ia akan menjadikan mereka lebih manja dan bebas. Kawal kehendak mereka dengan menetapkan masa untuk keluar bersama rakan dan hadkan penggunaaan media sosial


SARANAN DAN IDEA PENYELESAIAN TERHADAP ISU SEMASA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG PRIHATIN

DUA6022 – KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM NAMA PENSYARAH : ROHANA BINTI NAWI   HALAMAN INI TELAH DISEDIAKAN OLEH: PEMBUANGAN BAYI PENGE...